Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

3 comments:
salam muhaimi,
wah.. menarik sekali informasi yang dikongsi bersama. selepas ini, awak boleh buka toko jamu...
aisya
salam saudari aishah...
oo..ok thank you for this idea.. boleh bagi idea sikit camne nak kaitkan herba ni dengan cinta antara sofia dan jamil x?..huhu
salam muhaimi,
erm.. seperti yang disarankan dr mawar, mungkin boleh timbulkan isu cinta 3 segi.. gunakan kreativiti anda. atau cinta antara jarak usia yang jauh yang dapat disatukan dengan minat mereka pada herba?? :D
aisya
Post a Comment