Wednesday, October 22, 2008
Monday, September 22, 2008
HERBA selom tumbuhan akuatik, berasal dari Asia tropika. Herba ini adalah sayuran tradisional dan sering dimakan sebagai ulam. Pucuk, daun muda dan batang yang masih lembut sering dimakan sebagai ulam dan biasanya dimakan dengan sambal udang kering atau sambal kelapa. Selom juga dijadikan ramuan nasi ulam, nasi kerabu dan ramuan sambal tempoyak.Selom mengandungi khasiat yang tinggi, terutama vitamin A. Dalam setiap 100 g bahagian yang boleh dimakan selom mengandung: Air 91.6 g, protein 1.1 g, lemak 0.4 g, karbohidrat 4.4 g, serat 1.0 g, kalsium 138 mg, fosforus 43 mg, ferum 2.3 mg, natrium 32 mg, kalium 266 mg, karotena 3200 ug, vitamin A 533 ug, vitamin B1 0.1 mg, vitamin B2 0.31 mg, niasin 0.6 mg dan vitamin C 60.5 mg.
Selom mudah dibiakkan dengan menanam keratan batang yang tua di tempat lembap atau berair sedalam 15 - 25 sm. Sebaiknya sayur ini ditanam di kolam yang bersih dan airnya ditukar ganti. Tuaian dilakukan dengan mengambil pucuk dan kemudian membiarkannya bertunas semula. Tuaian boleh dilakukan beberapa kali.
Misai Kucing
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
Mas cotek

Mas cotek atau nama saintifiknya, “ Ficus deltoidea ” dari famili “ moraceae ” adalah sejenis tumbuhan meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit). Biasanya hidup di kawasan perbatuan dan pergunungan. Merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Terdiri dari jenis jantan dan betina dengan pelbagai bentuk daun mengikut habitat asalnya. Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Selain dicampur antara daun jantan dan betina dari pelbagai jenis, bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan, juga berkesan untuk perawatan berbagai penyakit.
Mas cotek dikenali juga dengan berbagai nama seperti sempit-sempit dan agoluran bagi penduduk Sabah, Serawak dan kepulauan Kalimantan, tabat barito, bagi masyarakat Indonesia, dan beberapa nama lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera bagi masyarakat di beberapa daerah lain. Di Afrika, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Sementara di beberapa daerah lain ia juga dipanggil sebagai emas cotek, pokok barito, pokok raja ubat dan secotek emas. Dalam bidang botani dinamakan sebagai Ficus deltoidea
Sunday, September 14, 2008
KAWAN......
Di saat aku senang
aku disanjung-sanjung umpama raja di istana
aku dijaga rapi umpama
menatang minyak yang penuh
aku dibelai umpama adat suami isteri.
Kawan
Di saat aku susah
di saat aku memerlukan
aku hidup dalam kesunyian
umpama di dalam gua
tiada kedengaran lagi suara-suara manja
yang kedengaran hanyalah burung-burung berkicauan
kemana mereka pergi?
fikiranku melayang-layang memikirkannya.
(Muhaimi)
-h2102 kpz 7.32 pg-



