HERBA selom tumbuhan akuatik, berasal dari Asia tropika. Herba ini adalah sayuran tradisional dan sering dimakan sebagai ulam. Pucuk, daun muda dan batang yang masih lembut sering dimakan sebagai ulam dan biasanya dimakan dengan sambal udang kering atau sambal kelapa. Selom juga dijadikan ramuan nasi ulam, nasi kerabu dan ramuan sambal tempoyak.Selom mengandungi khasiat yang tinggi, terutama vitamin A. Dalam setiap 100 g bahagian yang boleh dimakan selom mengandung: Air 91.6 g, protein 1.1 g, lemak 0.4 g, karbohidrat 4.4 g, serat 1.0 g, kalsium 138 mg, fosforus 43 mg, ferum 2.3 mg, natrium 32 mg, kalium 266 mg, karotena 3200 ug, vitamin A 533 ug, vitamin B1 0.1 mg, vitamin B2 0.31 mg, niasin 0.6 mg dan vitamin C 60.5 mg.
Selom mudah dibiakkan dengan menanam keratan batang yang tua di tempat lembap atau berair sedalam 15 - 25 sm. Sebaiknya sayur ini ditanam di kolam yang bersih dan airnya ditukar ganti. Tuaian dilakukan dengan mengambil pucuk dan kemudian membiarkannya bertunas semula. Tuaian boleh dilakukan beberapa kali.

6 comments:
i like......
hai..you like...he2..good people.. this vgetble good for health..))
salam mi..
tahniah, atas blog yang hijau ini.
sudi-sudilah ke laman blog has ye..
salam mie..
errrm sungguh enak rasanya ulam selom ini dimakan dengan nasi panas bersama sambal belacan. Tetapi alagkah baiknya supan itu dari insan yang tersayang, maksud saya ibu yang kita sayangi.. silalah ke laman saya..
emmmm..bgus blog awk..cuba la cri maklumat sebnyak mana lagi tentang herba nie...hehehe
hai..nampak best je daun selom tu.angel tak pernah makan lah.nanti nak juga cuba.
Post a Comment